Sunday, 18 December 2011

~~JTS~~

JOURNEY TO SUCCESS

Untuk makluman.. Journey To SucceS
musim ke 2 akan berlangsung
pada 7January 2012 di safira club hari Sabtu.
Insyaallah CDM KArtini akan bersama kita.
Pendaftaran dah dibuka. Nama dan bayaran RM20 seorang boleh terus bagi pada leader masing2.
Program yang lebih hebat. lebih mantap untuk semua Warriorz AT181.

Salah satu fungsi bimbingan dari Akademi Taipan 181
untuk kita semua.rugi sangat2 andai kita lepaskan peluang yang disediakan.




 

Sunday, 11 December 2011

JOM VIETNAM....SEKARANG!!!

Jom Gempur !!!
Jom Pulun !!!


Vietnam Vietnam Vietnam Vietnam
Free Free Free
FOC !!!


Jom Bertindak !!!
Action Is Power !!! 


Saturday, 10 December 2011

LANGKAH PERTAMA

KELAS PENGUKUHAN

STOKIS BUKIT JAMBUL



Pertama kali di beri peluang utk handle meeting group.
Terima kasih pada semua rakan2 kongsi yg hadir
ada yg dtg dari Kulim,Seberang Jaya dan dlm Penang sendiri.
jauh dekat semua hadir....tahniah.
sanggup luang masa walaupun penat seharian berkerja,
sanggup ketepikan program lain....
semata2 utk ambik ilmu dan belajar.
komitmen anda semua sgt dihargai.
Terima Kasih juga utk CDM Fitri dan CDM Ayu
kerana datang jenguk2 utk support dan pantau perkembangan kami.


Ada yg baru join,ada yg dh ada rakan kongsi.
ada juga yg dlm proses utk jadi leader.
semuanya utk nk mantapkan ilmu didada.
upgrade,upgrade,upgrade.
termasuk aku sendiri.....masih lagi cari apa lagi ilmu yg patut aku upgrade???
utk apa...??utk jayakan semua rakan2 kongsi.
sbb bila mereka letak keputusan utk bersama dgn kami....
mereka ada harapan,mereka ada sesuatu utk dicapai,
dan mereka mmg perlukan apa saja bantuan dan bimbingan dari AT 181.
selepas ilmu hebat semasa program JTS,
semalam lebih jelas,lebih faham semuanya.
apa yg perlu buat,apa yg tak patut buat.


Emcee semalam,mylove.....DDM Farah
tahniah kerana sahut cabaran utk bermula,utk cungkil pontensi diri.
gunakanlah sebaik mungkin peluang yg diberikan.
sekali sekala kita kena berani kedepan utk tengok sejauh mana kemampuan kita.
semakin seronok nampaknya dgn potensi yg cuba dicungkil oleh AT 181.
tahniah yer....


CDM Fitri ~ kata kata aluan.
aku jemput CDM Fitri dan CDM Ayu utk hadir sekali.
sbb ini pertama kali aku buat meeting group.
blh juga dia perbetulkan apa yg perlu.
masih lg aku perlu belajar darinya.
dia dh buat,dia dh lalu semua.
so tidak salah utk aku ikut dan terus follow...
sbb apa yg dia buat...dh jadi.dh dibuktikanya.
abe abe,adik kakok semua....
nk berjaya kena ikut cara org berjaya.
betul2 ikut,betul2 buat seperti mereka yg dh berjaya,
barulah dapat rentak yg sama seperti mereka.
tapi....klu mulut saja kata nk berjaya ikut cara org yg berjaya,
tapi tak betul2 ikut,tak betul2 buat,susah juga tu nk jadi,
takkan dapat rentak sama seperti mereka.
semalam juga CDM Fitri ulangkan lagi ayat yg sama
beliau pernah pesan kepada aku dari awal aku join dulu.
tiada istilah "BAGI ORANG"
tiada istilah cucuk mencucuk utk bantu aku dan kami semua kembang network.
"TIDAK BOLEH''.
tapi sebaik mungkin,betul2 kita bergabung....setting temujaji,
jom sama2 kita pergi berdemo,sama2 kita convince,
sama2 kita follow up dan sama2 kita jayakan mereka yg ingin berjaya.
wahh....bestnya.itulah kelebihan bila kita buat dlm kumpulan.
kita bergabung,baru bertambah kuat.


Semuanya bermula dgn langkah yg pertama.
begitu juga aku semalam,betul2 kali pertama handle meeting.
bermain dgn slot,bermain dgn 'slot pistol'...hehehe.
memang satu perkara baru,ilmu baru yg aku pelajari bersama AT 181.
apa yg aku kupaskan semalam adalah apa yg aku belajar dari
 CDM Fitri serta pasangan, AT 181 dan ditambah dgn pengalaman yg aku lalui.
aku ceritakan dgn jelas sikit apa yg kami dapat dari program JTS baru2 ni.
ditambah sikit dgn matlamat terdekat....VIETNAM.
matlamat pertengahan.....D.N April 2012.
sebelum matlamat tawan B.J 2012.
alhamdulilah,semua yg hadir semalam berani sahut cabaran
utk sama2 ke Vietnam,
untuk sama2 gegarkan pentas D.N April 2012.
so gerak kerja kita dh tahu,matlamat kita dh ada
senarai nama dh berada di tangan kita semua.
jom semua,jom sama2 kita bergabung,jom bersama kita gempur habis habisan.
kita kotakan apa yg dikata.kita buktikan pada semua yg kita pn blh capai
apa yg kita impikan,capai impian kita.

AKU BOLEH!!!
AKU HEBAT!!!
AKU PASTI BERJAYA!!!

*Gambar2 semua dipetik dari koleksi CDM Fitri @ CDM Ayu.TQ TQ* 

Thursday, 27 October 2011

~ PENANG JOURNEY # 5 ~ (AYAH)

PENANG PART 5

Hampir setahun di Klate...
pagi kerja...petang bola....malam lepak kedai kopi....huhu.
itu rutin seharian aku.aku tinggal di Kota Bharu...
rumah sewa...aku duduk dgn budak2 kolej.
masa tu sapa yg tak tahu semua igt aku pun study kat kolej juga....hahaha.
2,3 hari sekali aku balik kampung Bukit Marak.
naik motor 30 minit ja dari KB.
masa tu aku rasa...selepas merantau,akhirnya Klate juga tempat aku mencari rezeki.
tapi semua Tuhan yg tentukan...bukan aku atau sesiapa.
pertengahan tahun 2002...selepas waktu maghrib,
Ayah aku menghembus nafas terakhirnya disisi emak aku.
kejadian berlaku dirumah kenalan mereka.
selain emak aku,tiada siapa pun kami anak2nya dapat bersamanya.
aku sendiri pun...masa tu berada di kedai makan di Kota Bharu,
baru hendak makan malam...handset aku berbunyi.
aku menjawab panggilan sambil cuba menyuap nasi...
suapan aku terhenti...lemah tak terdaya aku mendapat berita tersebut.
aku serahkan handset aku kpd kawan disebelah.
dialah yg ambil alamat dimana tempat emak dan arwah Ayahku berada.
dialah yg pandu motor,aku dibelakang...menahan air mata sambil berdoa....
bordoa kpd Yg Maha Esa agar berita yg aku terima tidak terjadi.
dan sampai saja aku dirumah kenalan kedua org tua ku...
aku mencari kelibat emak aku...tp tiada.
yg aku nampak...kereta arwah ayah aku ada di halaman rumah tersebut.
perasaan aku masa tu mmg tak tentu arah....
aku melangkah naik tangga.....
aku disambut oleh tuan rumah dan 3,4 org yg berada di tangga rumah...
aku dapat rasakan...langkah2 aku semakin lemah.
aku teruskan juga bila aku mendengar suara emak aku membaca Al Quran...
dalam langkahan aku menuju pintu masuk....
dari luar aku nampak dari hujung kaki hingga ke paras pinggang tertutup dgn kain batik jawa.
disitu langkah aku terhenti,serta merta air mata yg aku tahan dari td keluar tanpa henti.
aku takut utk melangkah lg,lalu aku berundur ke belakang....
aku cuba tenangkan hati aku...
aku cuba lg utk masuk....sekali lg langkah aku terhenti ditempat yg sama.
aku berundur lg....aku cuba mencari kekuatan utk hadapi kenyataan yg perlu aku terima.
aku tenangkan hatiku...
dgn lafaz bismillah...aku teruskan melangkah masuk.
lepas saja pintu...hampir jatuh aku melihat sekujur tubuh kaku
ditutupi dgn kain sarong batik jawa.
aku tahu...itu jenazah ayahku.
emak disisi arwah...masih terus membaca Al Quran dgn linangan air mata...
dgn suara menahan tangisan...masih gagahkan jua membaca ayat2 Al Quran.
setianya seorang isteri...masih disisi suami hingga ke akhir hayat.
tabahnya emak aku...tetap disisi suaminya yg sudah tiada.
emak memandang aku yg berdiri,diam tanpa melangkah....
kaki aku kaku dgn keadaan tersebut...
yg aku ingat...lambaian tangan emak yg membuatkan aku melangkah kembali.
erat aku memeluk emak aku.
terdiam aku disisi emak.hanya kami berdua.
masa itu jugalah aku terbayang....tengahari semasa aku bertemu,berbual dgn arwah dirumah,
air muka arwah nampak seakan2 kekuningan...
aku nampak arwah berpeluh...
bila aku tanya...katanya tak berapa sihat...
aku ajak arwah ke hospital...risau sbb peluhnya lain mcm....
katanya tak apa...dah makan ubat....
itulah kali terakhir aku berbual....kali terakhir aku menatap wajahnya.
kuasa Tuhan...tidak terlambat walau sedetik.
tidak tertangguh walau sesaat....sampai masanya,
tiada kuasa dapat menghalang.
mulai saat itu...hingga ke liang lahad...aku turun menyambut jenazahnya.
aku btl2 disisinya...walaupun aku tahu,itu semua sudah terlambat.
disaat itu aku berasa cepatnya masa berlalu...
dari aku kecil hingga aku besar...cepatnya masa berlalu.
selang 2,3 hari selepas itu,barulah pakcik aku...
adik arwah ayah aku menyampaikan pesan yg ditinggalkan oleh arwah ayahku.....
yang sebenarnya....2 minggu sebelum arwah menghembus nafasnya yg terakhir,
dia berpesan....dia ada sakit jantung...baru disahkan oleh doktor
semasa dia pergi ke klinik kerana sakit dada.
tp katanya...biarlah dia rahsiakan,sbb dia tak nak semua org susah.
kami semua termenung berpandangan satu sama lain....kenapa??
hanya dia dan tuhan yg tahu kenapa arwah menyembunyikan penyakitnya.

Pemergiannya satu tamparan yg amat hebat buat aku.
tidak tergambar apa perasaanku...
setiap kali aku dlm keadaan kesusahan,wajahnya selalu terbayang dimataku.
sbb sewaktu aku kecil,sejak2 aku pandai igt apa yg berlaku....
aku tahu betapa susahnya arwah mencari duit,
betapa susahnya arwah mencari rezeki utk menyara aku dan keluarga.
tp sedaya mungkin arwah ikhtiarkan.
dan siapa tahu...mungkin salah satu sbb mengapa dia sembunyikan penyakitnya
adalah kerana kami semua tak mampu utk tanggung pembelanjaan
rawatannya...mungkin dia tahu kami tak mampu nk tanggung pembedahannya,
andai itu rawatan yg dia perlukan...siapa tahu???
aku sendiri pun,baru sekarang...sejak aku menceburkan diri dlm bidang biz.....
baru aku mengerti,apa pentingnya bila kita ada kekuatan wang...
baru aku faham,apa gunanya wang andai kita mampu...
bila,dimana,apa,siapa....semuanya perlukan duit.
tapi andai saat2 yg mmg kita perlukan duit,dan disaat itu jugalah
kita tidak mempunyai duit/wang???
apa akan terjadi pada masa dan saat2 yg kita atau ahli keluarga kita mmg sgt2 perlukanya???
tidak salah kita berusaha utk dapatkan wang...
tidak salah menjadi kaya.....
tidak salah menjana income belasan,puluhan atau ratusan ribu setiap bulan.
tapi bagi aku.........
salah andai dibiarkan anak2 atau keluarga terus merasai
susah,jerit perih yg pernah aku rasa.
salah andai tidak dapat membantu ahli keluargaku
yg datang meminta pertolongan.
dan yg amat bersalah adalah....andai tidak mengambil peluang
utk cuba ubah masa depan utk diri sendiri,isteri,anak2,keluarga,
kwn2 serta sesiapa saja.
tetapi andai kita rebut peluang utk berubah dari semua segi....
baik dunia mahupun akhirat....
asalkan kita berada dijalan yg diredhai.
asalkan kita tetap kaya dunia akhirat.
asalkan kaya kita dapat juga menolong sesama insan yg lebih memerlukan....
tanpa dipinta oleh mereka.
asalkan kita kaya tanpa melupakan Allah Yg Maha Kuasa.
itulah yg sebaik2nya.
dan utk arwah Ayahku,aku sentiasa doakan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat olehNYA.
amin amin amin.
Sekadar peringatan utk diriku dan sesiapa saja yg membaca bloq aku ini...
janganlah kita abaikan kedua org tua kita semasa mereka masih lg di dunia ini.
sayangilah,hargailah mereka.berbuatlah baik kpd mereka berdua.
walau mcm mana sekalipun tabiat atau kelakuan mereka....
mereka tetap Ibu dan Bapa kita.
jgn menyesal setelah terlambat,menyesalah sebelum terlambat.





AL FATIHAH

"Ya Allah ya tuhanku,ampunilah dosa2 kedua ibubapa kami semua.
andai mereka tlh tiada didunia ini,
tempatkanlah mereka ditempat org2 yg beriman,
tempatkanlah mereka disisi kekasihmu Nabi Muhammad SAW..."

AMIN











~PENANG JOURNEY # 4~

PENANG PART 4





KELANTAN DARUL NAIM

Selepas aku tamat kontrak dgn FAP
hanya bergantung harap dgn elaun2 bola utk segala perbelanjaan.
so seterusnya...arwah Ayah aku panggil aku balik Klate,
dia minta aku pulang menetap disana...
katanya klu nk sambung main bola,di Klate pun blh.....
aku jadi serba salah dgn permintaan arwah Ayah aku.
nak ikut hati aku...mmg aku tak nak balik Klate lg...
tapi tak sampai hati plak aku nk menolak permintaan org tua aku.
so dlm bln May atau June 2000....aku kembali ke kampung halaman aku..
negeri kelahiran ku....
tempat asal ku....
Kelantan Darul Naim.
masa itu umur aku 22 tahun.
maknanya,dah hampir 5 tahun aku merantau...
dlm masa 5 tahun itu jugalah....suasana di Klate banyak juga yg berubah.
suasana dlm bandar Kota Bharu...mmg nampak perubahan.
disitulah tempat aku membesar....Kota Bharu.
semua kwn2 aku dulu,kwn2 sekolah aku....
semuanya berada disekitar Kota Bharu saja.
cuma keadaan keluarga aku saja yg blm berubah....:)
cukup makan,cukup pakai....alhamdullillah syukur.
so aku mula mencari kerja...utk tampung perbelanjaan aku dan keluarga.
bkn senang nk dpt kerja kat sana rupanya...hihi.
kilang byk sana...tp suasana kerja di kilang mmg tak sesuai dgn jiwa aku.
hampir 2 bln aku tak kerja...



TILES ~ MOSAIC

So selepas "berehat"....aku ditawarkan utk berkerja di kedai Tiles dan Mosaic.
jadi kuli biasa saja....itu pun atas ehsan seorang ahli perniagaan
yg juga Manager team bolasepak yg aku wakili di Klate.
pendapatan aku masa tu....
Gaji kerja RM 450
Elaun bola RM 200
dapatla RM 650...sebulan.
alhamdullillah syukur sgt2 masa tu....
jutaan TERIMA KASIH pada insan hebat ini...Abg Lan.
dia sekampung dgn aku...Bukit Marak.
dialah yg bg aku berkerja di kedai Tiles nya.
dialah yg bayar elaun bola aku.
dialah setiap hujung bulan menghulurkan duit gaji tersebut kpd aku.
ceritanya Abg lan di antara salah seorang ahli perniagaan yg berjaya di Klate.
bermcm mcm perniagaan dia ada.
dari yg kecil hingga yg besar....so bila dia tahu situasi aku masa tu.
dia mmg kaya....tp bersikap low profile.
dgn besar hati dia menghulurkan peluang kpd aku.
baik dari segi kerja atau bola...semua dia yg jaga aku.
mmg jelas...apa yg aku nampak,dia buat semua itu...
bukannya dia terdesak sgt dari pekerja di kedai Tiles dan Mosaic nya..
tp semata2 nk bagi aku ada pendapatan.
alhamdullillah ada juga rezeki aku....
dlm pada tu,aku menyewa di Kota Bharu.
aku jalani hidup seperti biasa...walaupun hati aku terasa amat susah
utk aku terus menetap di Klate.disana,kwn2 aku terhad,
suasana di Klate berbeza dgn Penang.
tp tak ada masalah...Klate tempat aku.
tanah tumpah darahku....aku ttp bangga dgn negeriku.




so...cukuplah dulu utk posting ni...
tunggu aku poh hok lain la pulok lepah ni...
tulih bayok lajok ke' puah pulok ko rano.....hihi.
salam........









Wednesday, 19 October 2011

~PENANG JOURNEY # 3~


PENANG PART 3


Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP)

Seperti selalu aku sebut dlm posting2 sebelum ini,
bolasepak adalah antara sbb utama setiap kali aku dapat kerja.
cuma kali ni aku betul2 dicabang bolasepak.
betul betul jadi pemain bolasepak utk negeri.
Ini adalah majikan ketiga aku,selepas kerja hotel dan kilang.
semuanya bermula dgn mewakili kelab dlm kejohanan yg dianjurkan
oleh FA Penang.masa tu aku bermain utk
Kelab Sukan Kg Makam (KSKM).dari situ aku di panggil utk pemilihan
Piala Presiden Pulau Pinang(Under 21)
syukurlah dari selection tu,aku salah seorang yg terpilih.
so aku tandatangan kontrak setahun dgn FAP,tahun 1999.
gaji banyak tak...hihi.gaji aku cuma RM 500 sebulan dan ditambah
dgn elaun setiap game,utk game diluar dari Penang
kami ada elaun makan serta elaun perjalanan.
sebulan blh la dapat dlm RM1200 lebih.
banyak tu bg aku masa tu.itu betul2 duit titik peluh tu....
setiap hari bermandikan peluh,memerah keringat.
masa tu gaji cantekk...on time...25hb ja gaji masuk.
masa tu Dunhill penaja utama utk FAM.
FAP sendiri pun time tu banyak penaja.
syukurla time tu tak ada masalah gaji lewat atau tak dapat gaji.....hihihi.
dan disbbkan aku berasal dari Klate,aku disediakan rumah oleh FAP.
aku tinggal 3 org serumah,sorang 1 bilik.lg 2 orang tu pemain skuad senior.



setelah aku ikat kontrak sebagai pemain bolasepak,
kerja aku cuma training bola ja la....
pagi petang training...tp aku tak kisah sbb itu mmg hobi aku.
dan hobi aku bertukar menjadi kerjaya.
so setiap hari jumaat malam sabtu kami ada game.
setiap minggu ada game Home/Away.
team Piala Presiden ni...kira team pelapis utk team senior.
bila aku berada dlm team bolasepak negeri mcm ni, 
yg semuanya blh dikatakan profesional.....
banyak sgt yg aku belajar dlm semua segi.
disiplin,usaha,komitmen,semangat...
mental dan fizikal kena kuat...
kena plak jenis aku ni klu main bola,aku mmg nk main,
aku tak nak jadi pemain simpanan.dan tiada jln mudah....
sbb 1 team ada 25 pemain,dan yg akan main hanya 11 org...
so,kena ada usaha yg lebih sikit klu nk main kesebelasan utama.
kena "fight" tempat.....bersaing secara sihat la.
masing2 perlu tonjolkan kelebihan masing2.
syukur juga aku,hasil usaha dlm latihan....
bila time game saja...nama aku berada dlm kesebelasan utama.
aku masih igt lg perlawanan pertama kami...
Kelantan vs Pulau Pinang.
jam 8.45 malam
Stadium Sultan Muhammad ke 4
Kota Bharu.
perasaan dalaman aku masa tu,hanya tuhan saja yg tahu.
itu perlawanan pertama aku di peringkat Liga Bolasepak Malaysia.
aku mewakili Penang,tp aku anak jati Kelantan.
dlm team Kelantan masa tu,hampir kesemuanya kawan2 aku....
yg ada antara kami pernah bermain sebagai 1 team semasa kejohanan bawah umur.
ada yg sama satu sekolah dgn aku.
sama2 kami semua lepak bersama setiap kali selepas main bola.
tapi mlm itu aku menetang mereka semua,kawan2 aku....
ditambah plak dgn kehadiran arwah Ayah,abg2 aku,sepupu2 dan bapa saudara aku.
bermacam perasaan yg hadir dlm diriku masa itu...
rasa kecewa sbb terpaksa lawan negeri sendiri,kawan2 sendiri pun ada.
rasa profesional dlm diri juga timbul waktu itu...
Penang majikan aku,mereka yg bayar gaji aku...
mahu tak mahu....terpaksa negeri yg aku wakili patut aku dahulukan.
kami tewas 4-1....tp tak dinafikan,Kelantan mmg "Raja" dlm kejohanan sebegini pada masa tu.
tp saat paling aku ingati sehingga hari ini....
selepas game habis,satu pelukkan yg cukup erat dari arwah Ayah ku.
dapat aku rasakan...satu pelukkan penuh bangga dari seorang Ayah kepada anak.
dari cahaya matanya...dapat aku lihat betapa puasnya hati arwah Ayah ku...
bangga perasaannya melihat aku dapat beraksi hingga ke peringkat negeri.
arwah Ayah aku salah seorang pendorong semangat aku dlm bolasepak.
"kalu nok main bola sungguh,jage malas belatih,jago kaki,main molek"....
itu pesanannya pada mlm itu.masih aku ingat semua itu......:):)
dari  aku kecil dia tahu minat anaknya.
dibelinya kasut bola kulit...jenama Adidas semata mata utk aku bermain
wakili sekolah ketika aku di darjah 4.
ketika itu,hanya aku seorang dlm pasukan sekolah yg pakai kasut bola Adidas.
dia sanggup berhabis duit utk membeli kasut tu...
walaupun keadaan kewangan keluarga aku dulu agak tak stabil.
itu antara kenangan aku bersama arwah Ayah ku.
seterusnya jadual aku kerja yg sama saja...
isnin-khamis ..training.
jumaat..game.
sabtu ahad....rest.
blh dikatakan semua stadium utama dlm malaysia kami beraksi.
berjalan serata negeri...luar negara pun pergi,
tp setakat Thailand/Indonesia sajala.....hihihi.
semua free...semua sponsor....cuma bab melancong ni
tak boleh nk banding dgn Trip Melancong bersama AT 181 sekarang...
lg hebat,trip/layanan VVIP....lg gila...hahaha.
alhamdullillah la....dgn main bola,
aku blh melihat negeri org.
dgn main bola utk Penang jugalah aku dpt banyak ilmu ttg bola.
pengalaman yg aku dpt dr jurulatih2....
pengalaman semasa beraksi..."game experiences"...
itu yg paling yg penting utk pemain bolasepak.
nikmatnya main bola ada kat dalam perlawanan sebenar.
dan setelah setahun bersama skuad Piala Presiden Pulau Pinang.....
aku mula terfikir utk jadikan bolasepak sebagai kerjaya.
tp bukan senang,bkn mudah....byk sgt karenah kroni2..
bila dh berada dlm dunia bolasepak,lagi jelas nampak apa "situasi2" yg berlaku....
itu biasa dlm bolasepak...ada yg "main" nk bg menang.
ada yg "main" nk bg kalah.
ada yg "main" lebih ....tapi kaki kena "ikat"...
ada yg "main" sekadar nk ambik nama utk trs ke peringkat senior.
main 1,2 game dgn team pelapis,lepas tu terus diserapkan ke dlm skuad senior...
walaupun corak permainan dan skill kawannya yg lain 10 kali lagi bagus dari dia sendiri.
kulit pun ada fungsinya juga....klu salah warna pun susah nak pergi jauh juga.
hihihihi.....itu semua biasa dlm bolasepak,kerjaya yg tak perlukan sijil.
tapi itulah dunia bolasepak.....bidang yg penuh dgn warnanya yg tersendiri.





sekarang pemain2 yg sebaya dgn aku,sama2 wakili negeri masing2.....
tinggal tak ramai dah......Hairuddin Omar,Liew Kit Kong,M Prakash...
itu yg masih bermain.Khalid Jamlus,Talfizam Taufik,Nafuzi Zain,V Saravanan,Azli Farsya...
ada yg dh bersara,ada makin hampir utk bersara.
tp dlm nama2 kat atas tu,ada salah seorang jadi biz partner aku....hihihi.
katanya "ini satu platform utk aku cari rezeki selepas bersara......".
aku plak,selepas tamat kontrak,aku lebih banyak bermain utk
pertandingan @ kejohanan yg tak makan masa terlalu lama.
Piala Emas Raja Raja,Piala Agong,FAM Cup,MAKSAK.....
semua tu aku dh pernah rasa la...semuanya aku wakili Penang.
sekarang aku cuma aktif di peringkat club saja.
bolehla sambil2 beriadah,tp ttp kena ada masyuukk juga...elaun kena ada juga hihi.
sambil2 tu blh tambah senarai nama,blh dapat prospek masa main bola....hahaha.
klu dulu bolasepak sumber full time aku,sekarang jadi part time2 ja.
cuma...banyak juga kelebihan2 yg aku dapat dari bolasepak,
aku tukar utk digunakan dlm bidang aku sekarang.
komitmen,usaha,disiplin,"fighter",
semangat berpasukan,kekuatan mental pun ada yg blh aku gunakan dlm bidang aku sekarang ni.
semuanya aku gunakan utk terus bersama AT 181...tp yg mana sesuai saja la ....hihi.
hasilnya...banyak juga yg menjadi....
ok la...nnt aku sambung dlm posting lain plak k.













~PENANG JOURNEY # 2~

PENANG PART 2

*Sambungan dari Penang Part 1...

Hampir 3 tahun aku mencari rezeki dlm bidang perhotelan.penghujung tahun 1998...
kalau tak silap dlm bulan Oktober kot,aku dapat tawaran untuk berkerja di Penang Port Sdn Bhd.
aku ditawarkan jawatan sebagai kerani,merangakap pemain bolasepak utk Team PPC.
kira masuk pun atas tiket bolasepak juga la....hihi.
so aku resign dari bidang hotel...dan tunggu hari untuk lapor diri di tempat kerja baru.
masa tu ramai budak2 bola yang dapat offer tu...kebanyakkan mereka semua
kawan2 aku.....termasuk la Ija kawan serumah aku.
dalam pada kami semua menunggu masa utk lapor diri sebagai kerani,
tiba2 kami semua diarah melaporkan diri sebagai Polis Bantuan Penang Port.
so bila nama pun polis,walaupun bantuan...
kami semua tetap kena jalani latihan pusat sebagai anggota polis.
cuma masa latihan kami disingkatkan kepada 3 bulan.
bila dengar nak kena jadi polis,aku dan beberapa kawan2 yg lain,kami tolak peluang tersebut.
mungkin tak ada rezeki aku bersama Penang Port,
Ija pun ambil keputusan yg sama masa tu.
dan ramai juga yg ambik peluang tersebut,masih berkerja sehingga ke hari ini.




Selepas itu,dengan sedikit kelebihan yg ada,aku dan Ija dapat kerja sebagai
Operator Pengeluaran di Kilang B Braun.
dapat kerja kat situ pun atas tiket bolasepak juga....
dari situ aku jadi mat kilang plak...redah saja time tu,
apa peduli janji masyuukkk....hihi.
gaji blh tahan la,campur OT semua blh la dapat dlm RM 1800...
tapi kerja penat la sikit...kena buat OT ja.
sabtu ahad pun pulun OT ja....baru boleh dapat gaji banyak mcm tu....
petang2 ja blh kuar....tu pun sbb kena training bola.
seingat aku 4 bulan saja kot aku kerja kat kilang B Braun...
habis saja kejohanan bolasepak antara kilang2 di Penang
aku terus berhenti kerja....jiwa aku tak sesuai rasanya berkerja di kilang.
tapi kawan serumah aku Ija terus berkerja...sampai sekarang,siap naik pangkat lagi...
sekarang dh jadi Quality Control (QC) klu tak silap aku.tahniah....
selepas aku berhenti,dekat 1 bulan lebih juga aku tanam anggur...hihihi.
masa tu emak aku selalu panggil aku balik Klate,risau aku keseorangan di Penang.
katanya..."kalu toksir dok klate,gi dok kl....sebab abe2 dgn kakok semo dok kl"...
masih aku ingat kata2 mak aku dlm longhat Klate.
tp bagi aku....tak apa aku stay kat Penang pun..
selagi aku tahu menjaga diri.
walaupun seorang diri,sebatang kara...sebab alhamdullillah lah
masa tu aku tidak mudah terpengaruh dgn benda2 yg tak elok.
syukur padaNya aku dikurniakan pendirian yg agak kuat.
mg tak dinafikan lah,kejutan budaya tu ada juga
bukan tak ada...yerla,masa tu aku betul2 muda.kawan2 ramai...
aku bergaul dgn semua...aku tak memilih kawan.apa saja latarbelakang mereka....
aku bercampur,aku tetap berkawan....
yg muda aku berkawan,kerana itu semua rakan sebaya.
yg berumur pun aku duduk bergaul dlm kelompok mereka....sbb dgn mereka ni,
ada yg blh bg nasihat kepada aku.
ada yg blh bimbing aku.
ada juga diantara mereka yg suka bercerita ttg pengalaman hidup mereka...
dan dari situ,ada yg blh aku jadikan panduan.
dari situ...aku mula blh berfikir...mana yg baik,mana yg buruk.
sbb apa....???sbb...dlm situasi pergaulan aku pada masa itu,
banyak sgt benda2 yg berlaku depan mata aku.
dari situ aku belajar...dan bg aku senang saja,
dgn sesiapa saja yg aku bergaul,bercampur pada masa tu
tak kira apa saja yg mereka lakukan....baik atau buruk..
aku yg berada dlm satu satu situasi tu,
aku sendiri yg buat keputusan.
nk buat tak mahu buat sesuatu benda tu....
semuanya terletak pada hati kita.
pokok pangkalnya....hati kita sendiri.


Saturday, 15 October 2011

~PENANG JOURNEY # 1~

PENANG~ PART 2~

Kali pertama aku berkerja adalah di Hotel Shangri La Penang.
tapi disana aku berkerja sebagai casual workers.
gaji aku dibayar mengikut jam...sejam RM 3.50 masa tu.
gaji seminggu sekali,tiap2 hari khamis hari gaji...
blhla dapat dlm RM 200 seminggu.
adalah dlm 2,3 bln aku berkerja disana.
situasi aku pada masa tu amat2 mendesak.
masa tu aku dah tak tinggal di rumah adik emak angkat aku,
masa tu aku tiada rumah/bilik sewa...
btl2 hidup sebagai seorang perantau.
dimasa tu aku tinggal disebuah pondok di dalam Kg Makam.
pondok itu kira "port" kami la budak2 Kg Makam.
disitulah juga tempat kami kawan2 semua melepak setiap hari.
pondok itu pun kami dirikan secara berkumpulan.
hampir 2 bulan pondok itu menjadi "rumah" aku,
tidur tak tentu masa,makan tak tentu.
ada sekali tu aku demam,aku MC kerja selama 3 hari....
kebetulan masa tu duit tak dak,aku masih ingat lagi....
aku beli coklat....sebanyak RM1.20...coklat itulah makanan aku selama 3 hari.
3 hari juga tak jumpa nasi.
dimasa aku terasa lapar,coklat itulah makanan aku.
masa tu...aku tak pernah call emak,ayah aku dikampung utk mengadu susah aku,
sbb aku tahu...mereka disana pun susah.
dlm kesempitan itu...ada 2,3 org kawan2 yg tahu susah aku masa tu.
ada juga mereka membantu setakat termampu.
jasa mereka pada masa tu sentiasa aku kenang setiap kali aku bertemu dgn mereka hari ini.
tapi aku cerita ni bkn nk meraih simpati,cuma sekadar berkongsi
mana tahu kot2 ada yang blh dijadikan pengajaran utk semua.
tapi yang pasti...saat2 tersebut tetap segar dlm ingatan aku sehingga hari ini.
saat2 tersebut sentiasa membuatkan aku agar tidak lupa diri.
pernah aku sebut  dlm posting aku dulu,perkataan susah adalah "sahabat" aku satu masa dulu....
sudah amat biasa perkataan itu bagi aku dulu.
jadi kenapa aku perlu takut utk berubah pada hari ini dan juga masa depan???
disaat itu juga aku tahu apa erti kawan,apa erti sahabat....:):)
dimasa itu aku betul2 belajar hidup berdikari.
pengalaman mematangkan hidup,
pengalaman adalah guru yang sejati.


selepas itu...aku mula dok menyewa.
aku cuma sewa bilik saja,bilik pertama yg aku sewa tu.....
dindingnya cuma zink saja.yang betulnya bukan bilik pun tu....
yang tu cuma sebuah store tempat simpan barang.aku bayar sewa RM 70 sebulan.
aku duduk juga kat situ,dari tak ada tempat tinggal...janji aku selesa sikit.


selepas tu aku dapat kerja baru.
kali ni di Hotel Sunway Penang,aku masuk atas tiket Bolasepak.
gaji ditawarkan adala dekat RM 900...ok la masa tu.
3 tahun aku kerja Hotel Sunway....
kerja aku sebagai "Parking Attendant" disana.syok woo...kerja sana.
makan mereka tanggung,tu yang syok tu.hihihihi
kerja pun relax.disana aku ambil pengalaman berkerja.
disana banyak yg aku belajar....termasuk belajar cakap "orang putih"...
speaking london tuu.....hihi.lagipun line hotel ni...berbagai kaum yang kerja disana.
ada Melayu,India dan Cina......
so komunikasi tu kena dlm satu bahasa yang semua orang blh faham.
sbb suasana kerja hotel ni mmg memerlukan kita mahir bahasa universal,
mahu tak mahu kena belajar cakap "orang putih" juga la...
tunggang terbalik la juga...sementara nk bg betul channel tu....hahaha
diawal2 aku berkerja tu,aku jalan kaki saja pi kerja.
jarak antara hotel tu dgn Kg Makam tempat tinggal aku tak jauh,
adalah 10-15 minit jalan kaki.selepas itu baru aku berpindah
utk sewa sebuah bilik yg agak selesa sikit.
aku tinggal berdua dgn sahabat aku dari Kelantan....Ija.
Ija ni aku punya classmate dari tingkatan 1,
aku yang ajak dia berkerja di Penang.
dia pun berkerja sama tempat dgn aku.
selepas itu aku beli sebuah motor...Honda EX5 plat PDA 674
senang utk kegunaan seharian aku.
dah ada motor...meratalah pusing,ronda....
Ija plak jadi hantu bonceng aku....hahaha.
mana saja aku pergi,dia pasti ada bersama.
sampai sekarang pun kami masih bersama,dia juga biz partner aku.
insyallah,semoga kita semua sama2 berjaya
aminnn.

oklah,tunggu cerita seterusnya dlm next post plak k.....

Friday, 14 October 2011

~PENANG JOURNEY~

PENANG~PART 1~




Kali pertama aku dtg ke Penang pd tahun 1995...cun2 2 minggu
selepas SPM.niat asalnya masa tu,datang ke Penang sekadar utk bercuti.
sajala nk enjoy,berjalan tempat org...maklum la,baru habis SPM kan.
aku datang bersama keluarga angkat aku.
emak angkat aku,Auntie Normah asal Penang,org Kampong Makam.
suaminya Polis,bertugas di Kelantan.
so kat Penang aku tinggal di rumah adik emak angkat aku.
aku tinggal agak lama juga kat Penang,emak angkat aku dh balik Kelantan.
aku jadi seronok dgn suasana di Penang,
aku seronok dgn kawan2 dari Kg Makam...yang semuanya boleh masuk kepala...hihi.
aku seronok dgn masyarakat di Penang...
berbagai kaum,berbilang bangsa...
aku seronok dengar longhat mereka bercakap...
aku seronok dgn permandangan di Penang...
semua ada,bangunan2 lama dan baru...
ada pantai,ada bukit...
ada suasana kampung,ada suasana bandar...
yang pasti semua itu....jaraknya bagi aku berdekatan,tak jauh.
bagi aku masa tu,Penang ni....bandar dlm kampung,kampung dlm bandar.
nak suasana yang mcm mana,semua ada...naik motor kejap ja dh sampai.
sekejap ada kat pantai,sekejap ada kat town area.





aku memang enjoy dgn keadaan masa tu.
dapat plak kawan2 dari Kg makam yg kebanyakkan kami semua sebaya masa tu,
tu bertambah seronok tu....hihihi.
kami semua masa tu sentiasa bersama...
tak la ramai sgt,tapi klu keluar bersama tu lebih dari 10 buah motor rasanya,semuanya ada hantu bonceng,termasuk aku.....hahahahha.
waktu remaja masa tu memang best,semuanya kami buat bersama,bergabung...
apa yang aku perasan,semangat setia kawan satu sama lain cukup kuat.
Tiza,Asri,Chik,Abg Chik,Fitri,Zaher,Mad Nor Khaled,Mad Nor Cheng
Aizel,Joe dan ramai lg la...sekadar beberapa nama yang aku sebut.
nama sahabat yang bawa aku ke dlm AT pun ada kat situ....hihihi.
tp itu semua 1 masa dulu,masa yang bagi kami semua...gila2 remaja.
keseronokan masa remaja.
hampir 2 bln aku di Penang,aku ditawarkan utk berkerja.
aku ditawarkan kerja oleh Sunway Hotel Penang,
kebetulan masa tu Sunway Hotel nk tubuhkan team bola,
so aku masuk keja atas tiket Bolasepak la....hihihi.
kerja pun relax,gaji pun ok la.
maklumla budak bola...pagi kerja,petang training.
syokla..hihihi.

ok lah,nanti next post aku ceritakan journey aku di Penang
sebelum aku bersama AT 181.


Friday, 7 October 2011

TANGGA UNTUK BERJAYA

USAHA UNTUK KEJAYAAN



Apa sj yg kita buat,kita mengharapkan ianya berhasil...atau lebih senang utk kita faham,Kejayaan @ Berjaya.
kita mmg nk sgt semua yg kita lakukan,usahakan....berakhir dgn kejayaan.
kerana apa...???kerana bila kita berjaya menggengam kejayaan dlm setiap apa yg kita lakukan,
baru kita tahu erti nikmat sebuah kejayaan.baru kita tahu erti kepuasan.itulah ganjaran kepada diri sendiri atas segala usaha kita bertungkus lumus menjayakannya.
Namun kita semua tahu,kejayaan tdk akan datang bergolek tanpa sebarang usaha.
sebut saja kejayaan,pasti kena ada usahanya.
apa saja yg kita buat perlu ada usaha.cuma kita saja yg tidak pandang pada usaha.
kita cuma pandang pada ganjarannya.dlm kita memandang kpd ganjaranya...kita terlupa kpd usaha2 yg perlu kita buat utk menggengam kejayaan tersebut.


Begitu jg bila kita mengambil peluang utk bersama AT 181.kita juga perlu ada usahanya.
cuma usaha itu dipermudahkan...itulah lebihnya bila bersama Akademi Taipan 181,kita bergerak dlm kumpulan,sedikit usaha dan komitmen dari anda,selebihnya tugas AT 181 utk menjayakan anda....selagi anda ada kemahuan,selagi anda memberi peluang kpd diri anda utk dibimbing oleh AT 181.begitu ramai insan2 yg telah dijayakan oleh AT 181,yg mana mereka semua dulunya adalah insan biasa2 shj,tp kenapa hari ini mereka blh jd insan luar biasa??kenapa mereka blh meraih satu persatu impian mereka??kerana mereka beri peluang kpd diri mereka utk dibimbing dan beri peluang kpd AT 181 utk membimbing mereka.dari situ mereka mula mengecap satu persatu kejayaan.dari situlah selangkah demi selangkah mereka dilatih sehinggalah mereka genggam bukti2 kejayaan masing2.telah byk testimonial2 yg dihasilkan oleh AT 181,kenapa tidak kita plak menjadi testimonial kejayaan terbaru AT 181??klu mereka blh,kenapa kita tdk blh....kan?
kita pun pasti blh...ambillah peluang yg telah kita lihat.gunakanlah peluang yg telah kita ambil.
jom sama2 kita ikut jejak2 langkah mereka yg berjaya...jom kita sama2 genggam kejayaan demi masa depan kita,keluarga kita dan insan2 disekeliling kita yg mmg ingin merasai erti dan nikmat sebuah kejayaan.


Modal sebenar untuk berjaya adalah kemahuan dari dalam diri kita.kejayaan yg kita tuju pasti bersama usaha.kejayaan tidak akan datang bergolek.dengan usaha tanpa jemu,pasti KEJAYAAN yg akan kita genggam.

Wednesday, 28 September 2011

BANYAK GUNANYA

ADA YANG SESUAI
ADA YANG KURANG SESUAI




Banyak fungsi2 dan kelebihanya
Bila kita tahu mcm mana nak guna kelebihan tersebut.
Peringatan dan Pesanan untuk diri sendiri dan juga kawan2 semua.


I FOLLOW.....







Wednesday, 21 September 2011

JANGAN LEPASKAN PELUANG....!!!!

Cukupkah sekadar memerhati dari jauh....???

"aku seronok tengok kwn2 berjaya"
"aku bangga dgn kau la...."
"waa...bestnya kau tukar kereta baru"
"bestnya kau selalu pergi melancong luar negara selalu"
"seronoknya tiap2 bulan dapat bonus"
"nampak mcm seronok/happening jer biz kau"
"nampak mcm masyukk jer"


Itulah kata2 yg kwn2 aku selalu kata bila kami berjumpa
itulah kata2 yg seringkali dikeluarkan mereka.
kawan2,sahabat2,adik beradik semua...
cukupkah dgn sekadar semua ucapan dan kata2 diatas???
cukupkah sekadar berbangga dgn apa yang kwn2 capai???
cukupkah sekadar tumpang seronok dgn kejayaan mereka???
cukupkah sekadar mengucapkan tahniah kepada mereka???
cukupkah sekadar memerhati kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh
adik beradik,kwn2,sahabat handai????

Kenapa tidak ambil peluang yang sama??
kenapa tidak raih bersama kejayaan yang diraih oleh mereka??
kenapa selalu membiarkan ianya berlalu begitu sahaja??
bila masanya utk org2 disekeliling anda ucapkan tahniah kpd anda??
bila masanya mereka ingin berbangga dgn anda??
bila masanya mereka ingin tumpang seronok dgn kejayaan anda??

Kwn2,Sahabat2 dan Adik beradik semua...
lebih manis,lebih elok,lebih sedap rasanya
andai diri sendiri pun ambil peluang dan berjaya bersama2.
jgnlah  lepaskan peluang....yg memang akan hadir dlm keadaan belum bersedia.
peluang akan hadir dlm keadaan yang mmg rasa tersepit.
tp renung dan lihatlah dgn mata hati peluang tersebut....
pasti kita akan faham dgn jelas apa yg ada dlm peluang tersebut.
gunakan sebaik mungkin peluang yang ada.
jgn dinafikan kejayaan rakan2 sekeliling oleh kerana alasan2.
jgn dinafikan kejayaan sahabat2 sekeliling oleh kerana pemikiran negatif.
jgn dinafikan kejayaan adik beradik semua oleh kerana keegoan.

Marilah sama2 ambil peluang dan rasai kejayaan bersama.
masih ramai lagi org2 disekeliling kita
yang mahu berjaya
yang mahu ubah kehidupan.
satu keputusan anda hari ini,pasti insan2 disekeliling anda jg merasa nikmatnya.

RENUNGKANLAH ERTI SATU PELUANG


Monday, 19 September 2011

JANGAN DILUPAKAN

Sekadar untuk renungan bersama......


WOW..!!!
Seronoknya dapat duit..kan...huhu
Lagi seronok bila ianya datang dari usaha hasil kerja kita
titik peluh kita.
kepuasan dan nikmatnya...hanya tuhan saja yg tahu.
syukur banyak2 kepadaNYA diatas rezeki yg dilimpahkan.
tak kiralah makan gaji atau berkerja sendiri atau berniaga...
semuanya ada rezeki masing2.
tapi dalam keadaan aku senyum,seronok,selesa dan lega mendapat imbuhan...
pernahkah aku terfikir kepada mereka yang tidak sebaik kita nasibnya..??
pernahkah aku terfikir kepada mereka yg masih kecil....yang sudah menjadi yatim piatu...??
pernahkah aku terfikir kepada mereka yang makan apa yang ada,pakai apa yang ada...??
pernahkah aku terfikir kepada mereka yang tidak pernah meminta walaupun mereka sebenarnya daif..??
sekadar untuk peringatan pada diriku dan juga kawan2 semua,semoga kita tidak lupakan
kepada mereka2 yang betul2 memerlukan sumbangan.sumbangan bermacam cara...
terpulanglah kepada kita untuk memberinya dalam cara yang macam mana.
semoga sumbangan ikhlas dari kita dapat membantu dan meringankan beban mereka yg memerlukan.
sekurang2nya...org2 di sekeliling kita yg tak mampu,yang daif,yang yatim piatu...
dapatlah juga mereka merasa sama nikmat dari Yang Maha Esa.
dapatlah juga mereka tersenyum,berseronok,merasa sedikit selesa dan lega.
pada semua kawan2 semua,bukan niat saya untuk berceramah
tapi sekadar peringatan kepada diriku dan kawan2 sekalian.

Thursday, 8 September 2011

AIDILFITRI BERSAMA TAIPAN WARRIORS

SAMBUTAN AIDILFITRI DI SAFIRA CLUB


Selamat Hari Raya Aidilfitri



Leader2 utara bersama CDM CDM yang hadir ke Safira


Perasmian majlis hari raya oleh semua CDM.....
hihihi


Diantara gambar2 suasana sambutan Aidilfitri di Safira.
Acara menjamu selera.....
Terima Kasih pada semua yang membawa bekalan biskut2,kuih muih dan kek.







Sebahagian serikandi utara


WAB,WAB,WAB


DDM Farah Aini
sakan pose naa....hihi.


Ribuan Terima Kasih pada semua leader2 utara dan semua yg sudi
meluangkan masa hadir ke Safira,
walaupun masih dlm suasana mood raya.
Tak lupa juga jutaan Terima Kasih kepada semua
Cikgu Dan Mentor AT 181 yg datang dr Kuala Lumpur dan Perlis...
CDM Kamarudin,CDM Roshila,CDM Zafriey,CDM Nizam,
CDM Abg Ali,CDM Paksu Manap
serta pasangan hebat dr Penang sendiri...
CDM Fitri dan CDM Ayu.
Semangat,Bimbingan dan Ilmu semua pemangkin kejayaan semua.