Friday 14 October 2011

~PENANG JOURNEY~

PENANG~PART 1~




Kali pertama aku dtg ke Penang pd tahun 1995...cun2 2 minggu
selepas SPM.niat asalnya masa tu,datang ke Penang sekadar utk bercuti.
sajala nk enjoy,berjalan tempat org...maklum la,baru habis SPM kan.
aku datang bersama keluarga angkat aku.
emak angkat aku,Auntie Normah asal Penang,org Kampong Makam.
suaminya Polis,bertugas di Kelantan.
so kat Penang aku tinggal di rumah adik emak angkat aku.
aku tinggal agak lama juga kat Penang,emak angkat aku dh balik Kelantan.
aku jadi seronok dgn suasana di Penang,
aku seronok dgn kawan2 dari Kg Makam...yang semuanya boleh masuk kepala...hihi.
aku seronok dgn masyarakat di Penang...
berbagai kaum,berbilang bangsa...
aku seronok dengar longhat mereka bercakap...
aku seronok dgn permandangan di Penang...
semua ada,bangunan2 lama dan baru...
ada pantai,ada bukit...
ada suasana kampung,ada suasana bandar...
yang pasti semua itu....jaraknya bagi aku berdekatan,tak jauh.
bagi aku masa tu,Penang ni....bandar dlm kampung,kampung dlm bandar.
nak suasana yang mcm mana,semua ada...naik motor kejap ja dh sampai.
sekejap ada kat pantai,sekejap ada kat town area.





aku memang enjoy dgn keadaan masa tu.
dapat plak kawan2 dari Kg makam yg kebanyakkan kami semua sebaya masa tu,
tu bertambah seronok tu....hihihi.
kami semua masa tu sentiasa bersama...
tak la ramai sgt,tapi klu keluar bersama tu lebih dari 10 buah motor rasanya,semuanya ada hantu bonceng,termasuk aku.....hahahahha.
waktu remaja masa tu memang best,semuanya kami buat bersama,bergabung...
apa yang aku perasan,semangat setia kawan satu sama lain cukup kuat.
Tiza,Asri,Chik,Abg Chik,Fitri,Zaher,Mad Nor Khaled,Mad Nor Cheng
Aizel,Joe dan ramai lg la...sekadar beberapa nama yang aku sebut.
nama sahabat yang bawa aku ke dlm AT pun ada kat situ....hihihi.
tp itu semua 1 masa dulu,masa yang bagi kami semua...gila2 remaja.
keseronokan masa remaja.
hampir 2 bln aku di Penang,aku ditawarkan utk berkerja.
aku ditawarkan kerja oleh Sunway Hotel Penang,
kebetulan masa tu Sunway Hotel nk tubuhkan team bola,
so aku masuk keja atas tiket Bolasepak la....hihihi.
kerja pun relax,gaji pun ok la.
maklumla budak bola...pagi kerja,petang training.
syokla..hihihi.

ok lah,nanti next post aku ceritakan journey aku di Penang
sebelum aku bersama AT 181.


No comments:

Post a Comment