Saturday 15 October 2011

~PENANG JOURNEY # 1~

PENANG~ PART 2~

Kali pertama aku berkerja adalah di Hotel Shangri La Penang.
tapi disana aku berkerja sebagai casual workers.
gaji aku dibayar mengikut jam...sejam RM 3.50 masa tu.
gaji seminggu sekali,tiap2 hari khamis hari gaji...
blhla dapat dlm RM 200 seminggu.
adalah dlm 2,3 bln aku berkerja disana.
situasi aku pada masa tu amat2 mendesak.
masa tu aku dah tak tinggal di rumah adik emak angkat aku,
masa tu aku tiada rumah/bilik sewa...
btl2 hidup sebagai seorang perantau.
dimasa tu aku tinggal disebuah pondok di dalam Kg Makam.
pondok itu kira "port" kami la budak2 Kg Makam.
disitulah juga tempat kami kawan2 semua melepak setiap hari.
pondok itu pun kami dirikan secara berkumpulan.
hampir 2 bulan pondok itu menjadi "rumah" aku,
tidur tak tentu masa,makan tak tentu.
ada sekali tu aku demam,aku MC kerja selama 3 hari....
kebetulan masa tu duit tak dak,aku masih ingat lagi....
aku beli coklat....sebanyak RM1.20...coklat itulah makanan aku selama 3 hari.
3 hari juga tak jumpa nasi.
dimasa aku terasa lapar,coklat itulah makanan aku.
masa tu...aku tak pernah call emak,ayah aku dikampung utk mengadu susah aku,
sbb aku tahu...mereka disana pun susah.
dlm kesempitan itu...ada 2,3 org kawan2 yg tahu susah aku masa tu.
ada juga mereka membantu setakat termampu.
jasa mereka pada masa tu sentiasa aku kenang setiap kali aku bertemu dgn mereka hari ini.
tapi aku cerita ni bkn nk meraih simpati,cuma sekadar berkongsi
mana tahu kot2 ada yang blh dijadikan pengajaran utk semua.
tapi yang pasti...saat2 tersebut tetap segar dlm ingatan aku sehingga hari ini.
saat2 tersebut sentiasa membuatkan aku agar tidak lupa diri.
pernah aku sebut  dlm posting aku dulu,perkataan susah adalah "sahabat" aku satu masa dulu....
sudah amat biasa perkataan itu bagi aku dulu.
jadi kenapa aku perlu takut utk berubah pada hari ini dan juga masa depan???
disaat itu juga aku tahu apa erti kawan,apa erti sahabat....:):)
dimasa itu aku betul2 belajar hidup berdikari.
pengalaman mematangkan hidup,
pengalaman adalah guru yang sejati.


selepas itu...aku mula dok menyewa.
aku cuma sewa bilik saja,bilik pertama yg aku sewa tu.....
dindingnya cuma zink saja.yang betulnya bukan bilik pun tu....
yang tu cuma sebuah store tempat simpan barang.aku bayar sewa RM 70 sebulan.
aku duduk juga kat situ,dari tak ada tempat tinggal...janji aku selesa sikit.


selepas tu aku dapat kerja baru.
kali ni di Hotel Sunway Penang,aku masuk atas tiket Bolasepak.
gaji ditawarkan adala dekat RM 900...ok la masa tu.
3 tahun aku kerja Hotel Sunway....
kerja aku sebagai "Parking Attendant" disana.syok woo...kerja sana.
makan mereka tanggung,tu yang syok tu.hihihihi
kerja pun relax.disana aku ambil pengalaman berkerja.
disana banyak yg aku belajar....termasuk belajar cakap "orang putih"...
speaking london tuu.....hihi.lagipun line hotel ni...berbagai kaum yang kerja disana.
ada Melayu,India dan Cina......
so komunikasi tu kena dlm satu bahasa yang semua orang blh faham.
sbb suasana kerja hotel ni mmg memerlukan kita mahir bahasa universal,
mahu tak mahu kena belajar cakap "orang putih" juga la...
tunggang terbalik la juga...sementara nk bg betul channel tu....hahaha
diawal2 aku berkerja tu,aku jalan kaki saja pi kerja.
jarak antara hotel tu dgn Kg Makam tempat tinggal aku tak jauh,
adalah 10-15 minit jalan kaki.selepas itu baru aku berpindah
utk sewa sebuah bilik yg agak selesa sikit.
aku tinggal berdua dgn sahabat aku dari Kelantan....Ija.
Ija ni aku punya classmate dari tingkatan 1,
aku yang ajak dia berkerja di Penang.
dia pun berkerja sama tempat dgn aku.
selepas itu aku beli sebuah motor...Honda EX5 plat PDA 674
senang utk kegunaan seharian aku.
dah ada motor...meratalah pusing,ronda....
Ija plak jadi hantu bonceng aku....hahaha.
mana saja aku pergi,dia pasti ada bersama.
sampai sekarang pun kami masih bersama,dia juga biz partner aku.
insyallah,semoga kita semua sama2 berjaya
aminnn.

oklah,tunggu cerita seterusnya dlm next post plak k.....

No comments:

Post a Comment