Wednesday, 9 May 2012

~BLING BLING DINNER~

                                                                                                  
DINNER DIAMOND NIGHT (1)




Antara rakan2 kongsi yg hadir pd mlm tersebut.
laki pompuan lbh kurang sama ramai...hehe.
Apapun TAHNIAH pada hadir,Terima Kasih sgt2 sbb sudi luangkan masa
untuk menghadirkan diri ke majlis company...tq2 yer :)
Sayangnya DSM Zuraimi tak dapat bersama pada mlm Dinner,
cemin keretanya pecah ditengah jalan semasa baru sampai area Ipoh.
Tahniah juga la atas komitmen DSM Zuraimi walaupun tak sempat sampai
pada mlm tersebut.


Pasangan CDM Fitri dan CDM Ayu
Terima Kasih kerana tidak jemu2 untuk bantu dan bimbing kami,
semangat serta komitmen CDM berdua kepada kami semua sukar dibalas jasanya.
Tq juga atas bunga2 yang diberikan kepada semua yang naik stage pada itu.


Hadiah Penghargaan dari company kepada sesiapa yang
naik stage untuk pangkat kedua tertinggi...Double Diamond Manager.
Wow..!!memang hebat juga hadiahnya....bukan main2 ...:)


Ini....??
Siapa lagi kalu buke otai.....hehe.
CDC Kamarudin Mamat.
Minta maaf kerana pergi kerumah
tok royat....hehe.tapi tetap menerima kehadiran kami,Terima Kasih sgt2.

Apapun suasana Dinner pada malam tersebut memang meriah dan teruja sgt.
semua bersemangat...utk terus capai dan genggam pangkat demi pangkat.
Nantikan...lagi gambor2 sesiapa yg naik stage dan diiktiraf akan saya upload lg sekali k....




































































Thursday, 15 March 2012

~WOW~HEBATNYA SATU PELUANG~

TESTIMONIAL TERBARU

1


2


3

Antara hasil pendapatan dari graduan2 yg baru bersama AT 181.
1 ) Baru sebulan bersama AT 181....RM 7,112.80.
Part time jer tu....tp boleh buat hampir 4 bulan gaji.
2 ) Pun masih baru bersama AT 181....RM 5,995.28.
Tuan punya diri akan berangkat Holland/Belgium pada bulan depan,April.
3 ) Tak sampai setahun bersama AT 181....RM 11,307.55.
Masih buat secara part time...tapi dari segi income,aduhaiii...5 angka tu.
Sudah layak 3 destinasi perlancongan bersama AT 181...
Hong Kong...
Vietnam....
Holland/Belgium...
Dan bergelar Cikgu Dan Mentor AT 181 2012.




Yang ini plak...???
Statement ni aku petik dari blog Mentor AT 181...CDM Faridah Mohd Ali.
Tengoklah sendiri,hasil untuk 9 bulan bersama AT 181,
pendapatan terkumpulnya....RM 157,065.55...!!!!!



Hebat...Dashyat...Wow!!!
Itu semua antara bukti2 terkini kejayaan Graduan2 AT 181.
Walaupun sekadar part time2,tanpa terganggu kerja hakiki....
masih boleh buat income yg hebat.
Itulah hebatnya bagi sesiapa yang mengambil peluang
dan jadikan AT 181 sebagai 1 platform untuk jana pendapatan dan berjaya.
Hanya dengan ambil peluang dan bergerak seperti yang disarankan...
hasilnya memang berbaloi baloi.
Jom...sesiapa saja yg belum bersama AT 181,
tidak kira apa saja latarbelakang anda,
apa saja taraf pendidikan anda...
untuk jana pendapatan bersama AT 181...terlalu mudah sebenarnya.
Hanya dengan satu langkah untuk bermula,
perjalanan beribu batu anda ke hadapan insyallah akan anda lalui seperti mana
insan2 hebat di AT 181 telah lalui.
Boleh Hubungi Saya...Shamsuddin @ Din 013 5335181...
untuk pertanyaan dan penjelasan lebih detail.




Wednesday, 7 March 2012

~RENUNGAN BERSAMA~

RENUNGAN BERSAMA
"Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Monday, 5 March 2012

~JANGAN TUNGGU~

Tunggu Dulu.....???



Dua orang pelari hendak berlumba lari di trek. Mereka dibekalkan dengan beberapa pasang kasut trek pelbagai jenis. Pemuda pertama tanpa berfikir panjang lagi terus menyarung salah satu daripada kasut trek itu lalu memecut hingga sampai ke garisan penamat. Dari garisan penamat, dilihatnya pesaingnya masih lagi memilih-milih kasut trek yang sesuai untuk perlumbaan itu.





Moral ceritanya ialah anda jangan berlengah kerana orang lain telah pun bermula dan mungkin telah berjaya. Jangan tengok sahaja peluang yang ada.jangan tengok sahaja kejayaan orang lain.Pilih-memilih itu bukan prasyarat untuk berjaya. Prasyarat kejayaan ialah mahu buat dan terus buat.

 
 
Aku pun xmau tertunggu tunggu dah.....
boleh rugi woo dok tunggu lama lama,hehe.
Jom pilih untuk terus berjaya bersama AT 181.
Salam Kejayaan
Hubungi saya....Shamsuddin @ Din ~ 013 5335181.


 



Saturday, 3 March 2012

~YANG MANA PILIHAN KITA~

Berjaya atau Gagal......???



Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “Ini kerja saya”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “Ini bukan kerja saya”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “Aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “Ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya berusaha mengapai Impian
Seorang yang gagal menyimpan Impian tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal hanya berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga berjaya
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya


Saturday, 25 February 2012

~VVIP TRIP TO GHUANGZHOU~



JOM,VVIP TRIP
~GHUANGZHOU~


Masih berperluang untuk rebut perlancongan
VVIP Trip ke Ghuangzhou
4 hari 3 malam.
Peluang terbuka kepada semua
Untuk Pertayaan Lanjut....
Hubungi 0135335181 @ Shamsudddin.
0195931399 @ Puan Farah Aini.

Friday, 17 February 2012

~RENUNGAN BERSAMA~

"Jangan terlalu memikirkan pandangan orang terhadap anda, fikrikan apa pandangan anda terhadap diri anda sendiri."


"Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya."



Tuesday, 14 February 2012

~SEMOGA DIPERMUDAHKAN...AMIN~

SEKADAR BERKONGSI




DOA MURAH REZEKI

"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah re...zeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

~PILIHAN~

BERJAYA ATAU GAGAL...???


Yang mana pilihan kita...?
Berjaya atau Gagal...?
Pastinya semua orang inginkan Kejayaan.
Macam2 cara kita lakukan untuk berjaya.
Bermacam usaha kita ikhtiarkan untuk genggam Kejayaan.
Dalam kita usahakan kejayaan,sedar atau tidak...
kita sedang meraih pengalaman2 yg cukup berharga.
Pengalaman2 itulah yang akan menjadi panduan kita
untuk terus bertahan semasa mengorak langkah di masa depan.
Dengan panduan itu,ditambah lagi dengan tunjuk ajar
selok belok untuk menjelajah daerah kejayaan....
dari insan2 hebat yg sudah melalui jalan2 tesebut.
Pasti ianya bertambah mudah.
Tiada yang susahnya andainya kita sanggup belajar
dan berusaha untuk menikmati kejayaan yang kita idamkan.
Gagal...?ada yang memilih untuk gagal...?
Mungkin ada,mungkin tak ada.
Cuma bagi aku,segala galanya bergantung kepada diri sendiri.
Kalau seseorang itu sudah membuat keputusan
untuk berhenti mendaki tangga2 kejayaan....
maka mungkin keputusannya gagal.
Atau mungkin mereka ada alasan tersendiri
yang membuatkan mereka buat keputusan sebegitu.
Masing2 ada pilihan untuk buat keputusan.
Tapi sekiranya kita ada pilihan untuk berjaya....
kenapa perlu kita pilih untuk gagal...?
Kenapa kita perlu tewas dengan diri kita sendiri...?
Kenapa perlu kita tewas dengan kata2 orang...?
Kenapa kita perlu tewas berusaha untuk berjaya...?
Setiap kejayaan yang diraih pasti adanya usaha.
Apa saja yang kita lakukan....semuanya ada usaha.
Tiada kesenangan dan kejayaan datang tanpa usaha.
Hidup kita pun ada usahanya.
Kita harus usahakan yang terbaik untuk kehidupan kita.
Semuanya ditangan kita untuk membuat keputusan.
BERJAYA ATAU GAGAL...???
KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN...???
~PILIHAN SENDIRI~ 
SAYA PILIH UNTUK BERJAYA DAN TERUS BERJAYA
BERSAMA AKADEMI TAIPAN 181.
BAGAIMANA DENGAN ANDA...???
ANDAI KEPUTUSAN ANDA KEARAH KEJAYAAN....
HUBUNGI SAYA 013 5335181 SHAMSUDDIN YUSOFF.





  

Sunday, 12 February 2012

~RENUNGAN BERSAMA~

"Suatu tanda kelebihan orang berakal ialah apabila dia telah sanggup menggunakan akalnya seperti menggunakan pelita pada malam yang gelap."




"Org bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya,tapi dgn lapang hati mencari jln bagaimana memulihkan kembali keadaan yg dialami."



Friday, 10 February 2012

~RENUNGAN BERSAMA~

"Jika kamu berhasrat untuk berjaya,
jangan hanya memandang ke tangga
tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"



"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain."

Thursday, 9 February 2012

~JOM MELANCONG KE GUANGZHOU,CHINA.....FREE!!!~

~FREE VVIP TRIP KE GUANGZHOU,CHINA~



Guangzhou Tower




Pearl River


Experience the Pearl River Night Cruise





Shopping area



Salah satu masjid di Guangzhou

Nak ikut Trip VVIP free ke Guangzhou....??
Anda cuma perlu call saya
0135335181....DIN
Jgn malu2....call jerrr!!

Thursday, 5 January 2012

MAU TAU~TAK MAU

SESIAPA SAJA

Umur hampir 40,kerja ada pangkat,adala side biz sikit2,duit tak penah putus.
kawan2 semua tengok dia mcm bos besar la....
style pun memang "boss" la, tambah2 poket lebat....hehe.
tapi orgnya tak la sombong sangat.
kena gaya,kena masa....habis duit pun tak apa,janji hati puas.
dia salah sorg kawan aku juga.cuma dengan aku ni dia macam tu macam tu jerla,
maklumlah....aku bukan jenis kaki bodek.
2,3 minggu sudah berselisih dengannya...."org kaya...."katanya sambil mengangkat tangan.
aku senyum,angguk.....sambil dlm hati aku berkata"Aminnnn.....".
tadi time lunch,terjumpa lg.kali ni lain mcm sikit....
mai duduk semeja dgn aku,siap sembang ramah lagi.
nada suara pun lain....slow sikit bunyinya.
"mcm mana Din biz,ok...?ramai kawan2 dok kata hang dh kaya?
betul ka?..."
"alhamdullillah...rezeki anak2 dan masin mulut kawan2 juga...."
kataku sambil senyum padanya.
"mana kereta hang,mana??aku nk tengok,mana,mana??"
"kereta biasa ja"
terus aku potong cakapnya...."hang cuti ka??"
"haa cuti"
lps tu dia tanya aku..."hang kerja mana lani Din lepas berhenti MPPP?"
"tak kerja mana pun,buat biz aku jerla"
dgn dahi nampak berkerut...."owhhhh.."
"macam tu tak pa lah,LUCK (nasib) hang bagus,rezeki hang la kan"
katanya dgn bangga.
kebetulan my love ajak balik,aku pun malas nk panjang cerita...
"nasib aku memang baik sbb masa hang dok tengok tv,relax2 goyang kaki kat umah,
aku kat luaq cari rezeki.rezeki tuhan yg bagi klu kita cari".
jawab aku sambil senyum dan salam.
dlm dia tengah blur dgn kata2 aku....aku bangun nak balik.
aku jalan p kat kereta dgn my love,dia pun dok ushar tgk...
sampai aku berlalu balik,dia dok tgk ja.


Cerita kat atas tu bukan niat aku nak berlagak sombong.
bukan nak takbur atau apa.
tapi utk apa nak tahu sangat ttg.......
Kereta apa dia pakai???
Berapa income dia sebulan???
Dah kaya ka belum???
Masih buat lagi ka biz tu???
Ramai ka buat biz dgn dia???
Untuk apa nk kata.....
"Nasib hang baik"
"Rezeki hang la kan"
"Hang blhla depa tolong"

UNTUK APA???
semua ada jawapan masing2.
dan yang pasti dulu atau lani bila kawan2 ajak buat sama,tak mau plak.
cuma bagi aku......
apa yg aku buat hari ini adalah utk masa depan aku dan semua family.
apa yg aku buat hari ini mungkin aku blh bantu kawan2 atau sesiapa saja
yang ada kemahuan utk ubah masa depan mereka.
dan andainya kawan2 atau sesiapa saja diluar sana,tidak ada kemahuan utk berubah,
selesa dengan apa yang mereka ada sekarang....terpulanglah.
tapi apa yang insan2 yg berjaya dapat dan ada pada hari ini......
ianya BUKAN NASIB!!!
ianya ADALAH USAHA!!!
dan klu nk apa yg mereka ada dan dapat,
buatlah macam mana mereka buat.
tak salah pun....tapi yg salahnya sesetengah tu,
EGO tu tinggi sangat.tak boleh terima kejayaan hasil usaha kawan2 sendiri....
yerla,dulu dia tu siapa?kan??
apa pun tak dak dulu,sekarang dah dapat tu,dah ada ni...
mula la...mata ada sakit,mulut ada celita,
hati ada rasa tadak senang woo....hehe.
halloooo..........
apa saja KEJAYAAN....pasti akan ada USAHA.
budak sekolah rendah pun tahu.....
USAHA TANGGA KEJAYAAN!!








Tuesday, 3 January 2012

JANGAN LEPASKAN

PELUANG

Boleh ker ni.....?
Saya pun tanya mcm tu juga dulu,tp saya ambil juga .......
Betul ker ni....?
Saya pun tanya mcm tu juga dulu,tp saya ambil juga......
Banyak tuu......
Saya pun fikir mcm tu juga dulu,tp saya ambil juga.......
Nantila,Tunggula dulu.....
Saya ada juga rasa mcm tu dulu,tp saya terus ambil juga.....
Tak pandai la semua ni....
Saya pun tak pandai juga.tp saya ambil juga ........
Tak minat la......
Saya lagi la tak minat,tp saya ambil juga ........

APA YG SAYA AMBIL...????

PELUANG!!!

Saya ambil PELUANG....!!!!
Mcm2 perasaan dan persoalan yg timbul dulu.
semua diatas tu saya pun alami juga dulu.
dulu tu tak lama mana pun......
baru 2 tahun....baru lagi.
yerla,org lain dah berbelas tahun,dah sepuluh tahun...
dah bertahun2 lebih lama dari saya....
masih ada lagi sampai hari ni.
masih dgn biz ini,biz yg sama sampai hari ini.
tak der masalah pun.
klu bermasalah....takkan sampai mcm tu lamanya,kan??
bukan sorang dua jer...ramai yg mcm tu....
ramai yg berjaya.ramai sgt2....
maknanya......semua tak der masalah.
Akademi Taipan 181 dan Company bergabung...mantap.
jadi,apa salah ambil PELUANG.....
bukan utk org lain,utk diri sendiri juga.
utk family sendiri juga.
mana tahu blh juga tolong sama adik beradik,sepupu sepapat
sahabat2,kawan2 diluar sana.

PELUANG yg datang kepada kita amat rugi andai kita biarkan.
PELUANG itu patut diambil dan digunakan sebaik mungkin.
PELUANG itu banyak sgt kelebihannya.
PELUANG itu tak seharusnya kita lepaskan!!!






Sunday, 18 December 2011

~~JTS~~

JOURNEY TO SUCCESS

Untuk makluman.. Journey To SucceS
musim ke 2 akan berlangsung
pada 7January 2012 di safira club hari Sabtu.
Insyaallah CDM KArtini akan bersama kita.
Pendaftaran dah dibuka. Nama dan bayaran RM20 seorang boleh terus bagi pada leader masing2.
Program yang lebih hebat. lebih mantap untuk semua Warriorz AT181.

Salah satu fungsi bimbingan dari Akademi Taipan 181
untuk kita semua.rugi sangat2 andai kita lepaskan peluang yang disediakan.




 

Sunday, 11 December 2011

JOM VIETNAM....SEKARANG!!!

Jom Gempur !!!
Jom Pulun !!!


Vietnam Vietnam Vietnam Vietnam
Free Free Free
FOC !!!


Jom Bertindak !!!
Action Is Power !!! 


Saturday, 10 December 2011

LANGKAH PERTAMA

KELAS PENGUKUHAN

STOKIS BUKIT JAMBUL



Pertama kali di beri peluang utk handle meeting group.
Terima kasih pada semua rakan2 kongsi yg hadir
ada yg dtg dari Kulim,Seberang Jaya dan dlm Penang sendiri.
jauh dekat semua hadir....tahniah.
sanggup luang masa walaupun penat seharian berkerja,
sanggup ketepikan program lain....
semata2 utk ambik ilmu dan belajar.
komitmen anda semua sgt dihargai.
Terima Kasih juga utk CDM Fitri dan CDM Ayu
kerana datang jenguk2 utk support dan pantau perkembangan kami.


Ada yg baru join,ada yg dh ada rakan kongsi.
ada juga yg dlm proses utk jadi leader.
semuanya utk nk mantapkan ilmu didada.
upgrade,upgrade,upgrade.
termasuk aku sendiri.....masih lagi cari apa lagi ilmu yg patut aku upgrade???
utk apa...??utk jayakan semua rakan2 kongsi.
sbb bila mereka letak keputusan utk bersama dgn kami....
mereka ada harapan,mereka ada sesuatu utk dicapai,
dan mereka mmg perlukan apa saja bantuan dan bimbingan dari AT 181.
selepas ilmu hebat semasa program JTS,
semalam lebih jelas,lebih faham semuanya.
apa yg perlu buat,apa yg tak patut buat.


Emcee semalam,mylove.....DDM Farah
tahniah kerana sahut cabaran utk bermula,utk cungkil pontensi diri.
gunakanlah sebaik mungkin peluang yg diberikan.
sekali sekala kita kena berani kedepan utk tengok sejauh mana kemampuan kita.
semakin seronok nampaknya dgn potensi yg cuba dicungkil oleh AT 181.
tahniah yer....


CDM Fitri ~ kata kata aluan.
aku jemput CDM Fitri dan CDM Ayu utk hadir sekali.
sbb ini pertama kali aku buat meeting group.
blh juga dia perbetulkan apa yg perlu.
masih lg aku perlu belajar darinya.
dia dh buat,dia dh lalu semua.
so tidak salah utk aku ikut dan terus follow...
sbb apa yg dia buat...dh jadi.dh dibuktikanya.
abe abe,adik kakok semua....
nk berjaya kena ikut cara org berjaya.
betul2 ikut,betul2 buat seperti mereka yg dh berjaya,
barulah dapat rentak yg sama seperti mereka.
tapi....klu mulut saja kata nk berjaya ikut cara org yg berjaya,
tapi tak betul2 ikut,tak betul2 buat,susah juga tu nk jadi,
takkan dapat rentak sama seperti mereka.
semalam juga CDM Fitri ulangkan lagi ayat yg sama
beliau pernah pesan kepada aku dari awal aku join dulu.
tiada istilah "BAGI ORANG"
tiada istilah cucuk mencucuk utk bantu aku dan kami semua kembang network.
"TIDAK BOLEH''.
tapi sebaik mungkin,betul2 kita bergabung....setting temujaji,
jom sama2 kita pergi berdemo,sama2 kita convince,
sama2 kita follow up dan sama2 kita jayakan mereka yg ingin berjaya.
wahh....bestnya.itulah kelebihan bila kita buat dlm kumpulan.
kita bergabung,baru bertambah kuat.


Semuanya bermula dgn langkah yg pertama.
begitu juga aku semalam,betul2 kali pertama handle meeting.
bermain dgn slot,bermain dgn 'slot pistol'...hehehe.
memang satu perkara baru,ilmu baru yg aku pelajari bersama AT 181.
apa yg aku kupaskan semalam adalah apa yg aku belajar dari
 CDM Fitri serta pasangan, AT 181 dan ditambah dgn pengalaman yg aku lalui.
aku ceritakan dgn jelas sikit apa yg kami dapat dari program JTS baru2 ni.
ditambah sikit dgn matlamat terdekat....VIETNAM.
matlamat pertengahan.....D.N April 2012.
sebelum matlamat tawan B.J 2012.
alhamdulilah,semua yg hadir semalam berani sahut cabaran
utk sama2 ke Vietnam,
untuk sama2 gegarkan pentas D.N April 2012.
so gerak kerja kita dh tahu,matlamat kita dh ada
senarai nama dh berada di tangan kita semua.
jom semua,jom sama2 kita bergabung,jom bersama kita gempur habis habisan.
kita kotakan apa yg dikata.kita buktikan pada semua yg kita pn blh capai
apa yg kita impikan,capai impian kita.

AKU BOLEH!!!
AKU HEBAT!!!
AKU PASTI BERJAYA!!!

*Gambar2 semua dipetik dari koleksi CDM Fitri @ CDM Ayu.TQ TQ* 

Thursday, 27 October 2011

~ PENANG JOURNEY # 5 ~ (AYAH)

PENANG PART 5

Hampir setahun di Klate...
pagi kerja...petang bola....malam lepak kedai kopi....huhu.
itu rutin seharian aku.aku tinggal di Kota Bharu...
rumah sewa...aku duduk dgn budak2 kolej.
masa tu sapa yg tak tahu semua igt aku pun study kat kolej juga....hahaha.
2,3 hari sekali aku balik kampung Bukit Marak.
naik motor 30 minit ja dari KB.
masa tu aku rasa...selepas merantau,akhirnya Klate juga tempat aku mencari rezeki.
tapi semua Tuhan yg tentukan...bukan aku atau sesiapa.
pertengahan tahun 2002...selepas waktu maghrib,
Ayah aku menghembus nafas terakhirnya disisi emak aku.
kejadian berlaku dirumah kenalan mereka.
selain emak aku,tiada siapa pun kami anak2nya dapat bersamanya.
aku sendiri pun...masa tu berada di kedai makan di Kota Bharu,
baru hendak makan malam...handset aku berbunyi.
aku menjawab panggilan sambil cuba menyuap nasi...
suapan aku terhenti...lemah tak terdaya aku mendapat berita tersebut.
aku serahkan handset aku kpd kawan disebelah.
dialah yg ambil alamat dimana tempat emak dan arwah Ayahku berada.
dialah yg pandu motor,aku dibelakang...menahan air mata sambil berdoa....
bordoa kpd Yg Maha Esa agar berita yg aku terima tidak terjadi.
dan sampai saja aku dirumah kenalan kedua org tua ku...
aku mencari kelibat emak aku...tp tiada.
yg aku nampak...kereta arwah ayah aku ada di halaman rumah tersebut.
perasaan aku masa tu mmg tak tentu arah....
aku melangkah naik tangga.....
aku disambut oleh tuan rumah dan 3,4 org yg berada di tangga rumah...
aku dapat rasakan...langkah2 aku semakin lemah.
aku teruskan juga bila aku mendengar suara emak aku membaca Al Quran...
dalam langkahan aku menuju pintu masuk....
dari luar aku nampak dari hujung kaki hingga ke paras pinggang tertutup dgn kain batik jawa.
disitu langkah aku terhenti,serta merta air mata yg aku tahan dari td keluar tanpa henti.
aku takut utk melangkah lg,lalu aku berundur ke belakang....
aku cuba tenangkan hati aku...
aku cuba lg utk masuk....sekali lg langkah aku terhenti ditempat yg sama.
aku berundur lg....aku cuba mencari kekuatan utk hadapi kenyataan yg perlu aku terima.
aku tenangkan hatiku...
dgn lafaz bismillah...aku teruskan melangkah masuk.
lepas saja pintu...hampir jatuh aku melihat sekujur tubuh kaku
ditutupi dgn kain sarong batik jawa.
aku tahu...itu jenazah ayahku.
emak disisi arwah...masih terus membaca Al Quran dgn linangan air mata...
dgn suara menahan tangisan...masih gagahkan jua membaca ayat2 Al Quran.
setianya seorang isteri...masih disisi suami hingga ke akhir hayat.
tabahnya emak aku...tetap disisi suaminya yg sudah tiada.
emak memandang aku yg berdiri,diam tanpa melangkah....
kaki aku kaku dgn keadaan tersebut...
yg aku ingat...lambaian tangan emak yg membuatkan aku melangkah kembali.
erat aku memeluk emak aku.
terdiam aku disisi emak.hanya kami berdua.
masa itu jugalah aku terbayang....tengahari semasa aku bertemu,berbual dgn arwah dirumah,
air muka arwah nampak seakan2 kekuningan...
aku nampak arwah berpeluh...
bila aku tanya...katanya tak berapa sihat...
aku ajak arwah ke hospital...risau sbb peluhnya lain mcm....
katanya tak apa...dah makan ubat....
itulah kali terakhir aku berbual....kali terakhir aku menatap wajahnya.
kuasa Tuhan...tidak terlambat walau sedetik.
tidak tertangguh walau sesaat....sampai masanya,
tiada kuasa dapat menghalang.
mulai saat itu...hingga ke liang lahad...aku turun menyambut jenazahnya.
aku btl2 disisinya...walaupun aku tahu,itu semua sudah terlambat.
disaat itu aku berasa cepatnya masa berlalu...
dari aku kecil hingga aku besar...cepatnya masa berlalu.
selang 2,3 hari selepas itu,barulah pakcik aku...
adik arwah ayah aku menyampaikan pesan yg ditinggalkan oleh arwah ayahku.....
yang sebenarnya....2 minggu sebelum arwah menghembus nafasnya yg terakhir,
dia berpesan....dia ada sakit jantung...baru disahkan oleh doktor
semasa dia pergi ke klinik kerana sakit dada.
tp katanya...biarlah dia rahsiakan,sbb dia tak nak semua org susah.
kami semua termenung berpandangan satu sama lain....kenapa??
hanya dia dan tuhan yg tahu kenapa arwah menyembunyikan penyakitnya.

Pemergiannya satu tamparan yg amat hebat buat aku.
tidak tergambar apa perasaanku...
setiap kali aku dlm keadaan kesusahan,wajahnya selalu terbayang dimataku.
sbb sewaktu aku kecil,sejak2 aku pandai igt apa yg berlaku....
aku tahu betapa susahnya arwah mencari duit,
betapa susahnya arwah mencari rezeki utk menyara aku dan keluarga.
tp sedaya mungkin arwah ikhtiarkan.
dan siapa tahu...mungkin salah satu sbb mengapa dia sembunyikan penyakitnya
adalah kerana kami semua tak mampu utk tanggung pembelanjaan
rawatannya...mungkin dia tahu kami tak mampu nk tanggung pembedahannya,
andai itu rawatan yg dia perlukan...siapa tahu???
aku sendiri pun,baru sekarang...sejak aku menceburkan diri dlm bidang biz.....
baru aku mengerti,apa pentingnya bila kita ada kekuatan wang...
baru aku faham,apa gunanya wang andai kita mampu...
bila,dimana,apa,siapa....semuanya perlukan duit.
tapi andai saat2 yg mmg kita perlukan duit,dan disaat itu jugalah
kita tidak mempunyai duit/wang???
apa akan terjadi pada masa dan saat2 yg kita atau ahli keluarga kita mmg sgt2 perlukanya???
tidak salah kita berusaha utk dapatkan wang...
tidak salah menjadi kaya.....
tidak salah menjana income belasan,puluhan atau ratusan ribu setiap bulan.
tapi bagi aku.........
salah andai dibiarkan anak2 atau keluarga terus merasai
susah,jerit perih yg pernah aku rasa.
salah andai tidak dapat membantu ahli keluargaku
yg datang meminta pertolongan.
dan yg amat bersalah adalah....andai tidak mengambil peluang
utk cuba ubah masa depan utk diri sendiri,isteri,anak2,keluarga,
kwn2 serta sesiapa saja.
tetapi andai kita rebut peluang utk berubah dari semua segi....
baik dunia mahupun akhirat....
asalkan kita berada dijalan yg diredhai.
asalkan kita tetap kaya dunia akhirat.
asalkan kaya kita dapat juga menolong sesama insan yg lebih memerlukan....
tanpa dipinta oleh mereka.
asalkan kita kaya tanpa melupakan Allah Yg Maha Kuasa.
itulah yg sebaik2nya.
dan utk arwah Ayahku,aku sentiasa doakan semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat olehNYA.
amin amin amin.
Sekadar peringatan utk diriku dan sesiapa saja yg membaca bloq aku ini...
janganlah kita abaikan kedua org tua kita semasa mereka masih lg di dunia ini.
sayangilah,hargailah mereka.berbuatlah baik kpd mereka berdua.
walau mcm mana sekalipun tabiat atau kelakuan mereka....
mereka tetap Ibu dan Bapa kita.
jgn menyesal setelah terlambat,menyesalah sebelum terlambat.





AL FATIHAH

"Ya Allah ya tuhanku,ampunilah dosa2 kedua ibubapa kami semua.
andai mereka tlh tiada didunia ini,
tempatkanlah mereka ditempat org2 yg beriman,
tempatkanlah mereka disisi kekasihmu Nabi Muhammad SAW..."

AMIN











~PENANG JOURNEY # 4~

PENANG PART 4





KELANTAN DARUL NAIM

Selepas aku tamat kontrak dgn FAP
hanya bergantung harap dgn elaun2 bola utk segala perbelanjaan.
so seterusnya...arwah Ayah aku panggil aku balik Klate,
dia minta aku pulang menetap disana...
katanya klu nk sambung main bola,di Klate pun blh.....
aku jadi serba salah dgn permintaan arwah Ayah aku.
nak ikut hati aku...mmg aku tak nak balik Klate lg...
tapi tak sampai hati plak aku nk menolak permintaan org tua aku.
so dlm bln May atau June 2000....aku kembali ke kampung halaman aku..
negeri kelahiran ku....
tempat asal ku....
Kelantan Darul Naim.
masa itu umur aku 22 tahun.
maknanya,dah hampir 5 tahun aku merantau...
dlm masa 5 tahun itu jugalah....suasana di Klate banyak juga yg berubah.
suasana dlm bandar Kota Bharu...mmg nampak perubahan.
disitulah tempat aku membesar....Kota Bharu.
semua kwn2 aku dulu,kwn2 sekolah aku....
semuanya berada disekitar Kota Bharu saja.
cuma keadaan keluarga aku saja yg blm berubah....:)
cukup makan,cukup pakai....alhamdullillah syukur.
so aku mula mencari kerja...utk tampung perbelanjaan aku dan keluarga.
bkn senang nk dpt kerja kat sana rupanya...hihi.
kilang byk sana...tp suasana kerja di kilang mmg tak sesuai dgn jiwa aku.
hampir 2 bln aku tak kerja...



TILES ~ MOSAIC

So selepas "berehat"....aku ditawarkan utk berkerja di kedai Tiles dan Mosaic.
jadi kuli biasa saja....itu pun atas ehsan seorang ahli perniagaan
yg juga Manager team bolasepak yg aku wakili di Klate.
pendapatan aku masa tu....
Gaji kerja RM 450
Elaun bola RM 200
dapatla RM 650...sebulan.
alhamdullillah syukur sgt2 masa tu....
jutaan TERIMA KASIH pada insan hebat ini...Abg Lan.
dia sekampung dgn aku...Bukit Marak.
dialah yg bg aku berkerja di kedai Tiles nya.
dialah yg bayar elaun bola aku.
dialah setiap hujung bulan menghulurkan duit gaji tersebut kpd aku.
ceritanya Abg lan di antara salah seorang ahli perniagaan yg berjaya di Klate.
bermcm mcm perniagaan dia ada.
dari yg kecil hingga yg besar....so bila dia tahu situasi aku masa tu.
dia mmg kaya....tp bersikap low profile.
dgn besar hati dia menghulurkan peluang kpd aku.
baik dari segi kerja atau bola...semua dia yg jaga aku.
mmg jelas...apa yg aku nampak,dia buat semua itu...
bukannya dia terdesak sgt dari pekerja di kedai Tiles dan Mosaic nya..
tp semata2 nk bagi aku ada pendapatan.
alhamdullillah ada juga rezeki aku....
dlm pada tu,aku menyewa di Kota Bharu.
aku jalani hidup seperti biasa...walaupun hati aku terasa amat susah
utk aku terus menetap di Klate.disana,kwn2 aku terhad,
suasana di Klate berbeza dgn Penang.
tp tak ada masalah...Klate tempat aku.
tanah tumpah darahku....aku ttp bangga dgn negeriku.




so...cukuplah dulu utk posting ni...
tunggu aku poh hok lain la pulok lepah ni...
tulih bayok lajok ke' puah pulok ko rano.....hihi.
salam........