Saturday, 3 March 2012

~YANG MANA PILIHAN KITA~

Berjaya atau Gagal......???



Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “Ini kerja saya”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “Ini bukan kerja saya”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “Aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “Ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya berusaha mengapai Impian
Seorang yang gagal menyimpan Impian tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata “Aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yang gagal hanya berkata “Sesuatu mesti dilakukan”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga berjaya
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya


2 comments:

  1. pilihlah yg terbaik dan bawa kita ke mercu kejayaan.

    ReplyDelete