Friday, 14 October 2011

~PENANG JOURNEY~

PENANG~PART 1~




Kali pertama aku dtg ke Penang pd tahun 1995...cun2 2 minggu
selepas SPM.niat asalnya masa tu,datang ke Penang sekadar utk bercuti.
sajala nk enjoy,berjalan tempat org...maklum la,baru habis SPM kan.
aku datang bersama keluarga angkat aku.
emak angkat aku,Auntie Normah asal Penang,org Kampong Makam.
suaminya Polis,bertugas di Kelantan.
so kat Penang aku tinggal di rumah adik emak angkat aku.
aku tinggal agak lama juga kat Penang,emak angkat aku dh balik Kelantan.
aku jadi seronok dgn suasana di Penang,
aku seronok dgn kawan2 dari Kg Makam...yang semuanya boleh masuk kepala...hihi.
aku seronok dgn masyarakat di Penang...
berbagai kaum,berbilang bangsa...
aku seronok dengar longhat mereka bercakap...
aku seronok dgn permandangan di Penang...
semua ada,bangunan2 lama dan baru...
ada pantai,ada bukit...
ada suasana kampung,ada suasana bandar...
yang pasti semua itu....jaraknya bagi aku berdekatan,tak jauh.
bagi aku masa tu,Penang ni....bandar dlm kampung,kampung dlm bandar.
nak suasana yang mcm mana,semua ada...naik motor kejap ja dh sampai.
sekejap ada kat pantai,sekejap ada kat town area.





aku memang enjoy dgn keadaan masa tu.
dapat plak kawan2 dari Kg makam yg kebanyakkan kami semua sebaya masa tu,
tu bertambah seronok tu....hihihi.
kami semua masa tu sentiasa bersama...
tak la ramai sgt,tapi klu keluar bersama tu lebih dari 10 buah motor rasanya,semuanya ada hantu bonceng,termasuk aku.....hahahahha.
waktu remaja masa tu memang best,semuanya kami buat bersama,bergabung...
apa yang aku perasan,semangat setia kawan satu sama lain cukup kuat.
Tiza,Asri,Chik,Abg Chik,Fitri,Zaher,Mad Nor Khaled,Mad Nor Cheng
Aizel,Joe dan ramai lg la...sekadar beberapa nama yang aku sebut.
nama sahabat yang bawa aku ke dlm AT pun ada kat situ....hihihi.
tp itu semua 1 masa dulu,masa yang bagi kami semua...gila2 remaja.
keseronokan masa remaja.
hampir 2 bln aku di Penang,aku ditawarkan utk berkerja.
aku ditawarkan kerja oleh Sunway Hotel Penang,
kebetulan masa tu Sunway Hotel nk tubuhkan team bola,
so aku masuk keja atas tiket Bolasepak la....hihihi.
kerja pun relax,gaji pun ok la.
maklumla budak bola...pagi kerja,petang training.
syokla..hihihi.

ok lah,nanti next post aku ceritakan journey aku di Penang
sebelum aku bersama AT 181.


Friday, 7 October 2011

TANGGA UNTUK BERJAYA

USAHA UNTUK KEJAYAAN



Apa sj yg kita buat,kita mengharapkan ianya berhasil...atau lebih senang utk kita faham,Kejayaan @ Berjaya.
kita mmg nk sgt semua yg kita lakukan,usahakan....berakhir dgn kejayaan.
kerana apa...???kerana bila kita berjaya menggengam kejayaan dlm setiap apa yg kita lakukan,
baru kita tahu erti nikmat sebuah kejayaan.baru kita tahu erti kepuasan.itulah ganjaran kepada diri sendiri atas segala usaha kita bertungkus lumus menjayakannya.
Namun kita semua tahu,kejayaan tdk akan datang bergolek tanpa sebarang usaha.
sebut saja kejayaan,pasti kena ada usahanya.
apa saja yg kita buat perlu ada usaha.cuma kita saja yg tidak pandang pada usaha.
kita cuma pandang pada ganjarannya.dlm kita memandang kpd ganjaranya...kita terlupa kpd usaha2 yg perlu kita buat utk menggengam kejayaan tersebut.


Begitu jg bila kita mengambil peluang utk bersama AT 181.kita juga perlu ada usahanya.
cuma usaha itu dipermudahkan...itulah lebihnya bila bersama Akademi Taipan 181,kita bergerak dlm kumpulan,sedikit usaha dan komitmen dari anda,selebihnya tugas AT 181 utk menjayakan anda....selagi anda ada kemahuan,selagi anda memberi peluang kpd diri anda utk dibimbing oleh AT 181.begitu ramai insan2 yg telah dijayakan oleh AT 181,yg mana mereka semua dulunya adalah insan biasa2 shj,tp kenapa hari ini mereka blh jd insan luar biasa??kenapa mereka blh meraih satu persatu impian mereka??kerana mereka beri peluang kpd diri mereka utk dibimbing dan beri peluang kpd AT 181 utk membimbing mereka.dari situ mereka mula mengecap satu persatu kejayaan.dari situlah selangkah demi selangkah mereka dilatih sehinggalah mereka genggam bukti2 kejayaan masing2.telah byk testimonial2 yg dihasilkan oleh AT 181,kenapa tidak kita plak menjadi testimonial kejayaan terbaru AT 181??klu mereka blh,kenapa kita tdk blh....kan?
kita pun pasti blh...ambillah peluang yg telah kita lihat.gunakanlah peluang yg telah kita ambil.
jom sama2 kita ikut jejak2 langkah mereka yg berjaya...jom kita sama2 genggam kejayaan demi masa depan kita,keluarga kita dan insan2 disekeliling kita yg mmg ingin merasai erti dan nikmat sebuah kejayaan.


Modal sebenar untuk berjaya adalah kemahuan dari dalam diri kita.kejayaan yg kita tuju pasti bersama usaha.kejayaan tidak akan datang bergolek.dengan usaha tanpa jemu,pasti KEJAYAAN yg akan kita genggam.

Wednesday, 28 September 2011

BANYAK GUNANYA

ADA YANG SESUAI
ADA YANG KURANG SESUAI




Banyak fungsi2 dan kelebihanya
Bila kita tahu mcm mana nak guna kelebihan tersebut.
Peringatan dan Pesanan untuk diri sendiri dan juga kawan2 semua.


I FOLLOW.....







Wednesday, 21 September 2011

JANGAN LEPASKAN PELUANG....!!!!

Cukupkah sekadar memerhati dari jauh....???

"aku seronok tengok kwn2 berjaya"
"aku bangga dgn kau la...."
"waa...bestnya kau tukar kereta baru"
"bestnya kau selalu pergi melancong luar negara selalu"
"seronoknya tiap2 bulan dapat bonus"
"nampak mcm seronok/happening jer biz kau"
"nampak mcm masyukk jer"


Itulah kata2 yg kwn2 aku selalu kata bila kami berjumpa
itulah kata2 yg seringkali dikeluarkan mereka.
kawan2,sahabat2,adik beradik semua...
cukupkah dgn sekadar semua ucapan dan kata2 diatas???
cukupkah sekadar berbangga dgn apa yang kwn2 capai???
cukupkah sekadar tumpang seronok dgn kejayaan mereka???
cukupkah sekadar mengucapkan tahniah kepada mereka???
cukupkah sekadar memerhati kejayaan demi kejayaan yang diraih oleh
adik beradik,kwn2,sahabat handai????

Kenapa tidak ambil peluang yang sama??
kenapa tidak raih bersama kejayaan yang diraih oleh mereka??
kenapa selalu membiarkan ianya berlalu begitu sahaja??
bila masanya utk org2 disekeliling anda ucapkan tahniah kpd anda??
bila masanya mereka ingin berbangga dgn anda??
bila masanya mereka ingin tumpang seronok dgn kejayaan anda??

Kwn2,Sahabat2 dan Adik beradik semua...
lebih manis,lebih elok,lebih sedap rasanya
andai diri sendiri pun ambil peluang dan berjaya bersama2.
jgnlah  lepaskan peluang....yg memang akan hadir dlm keadaan belum bersedia.
peluang akan hadir dlm keadaan yang mmg rasa tersepit.
tp renung dan lihatlah dgn mata hati peluang tersebut....
pasti kita akan faham dgn jelas apa yg ada dlm peluang tersebut.
gunakan sebaik mungkin peluang yang ada.
jgn dinafikan kejayaan rakan2 sekeliling oleh kerana alasan2.
jgn dinafikan kejayaan sahabat2 sekeliling oleh kerana pemikiran negatif.
jgn dinafikan kejayaan adik beradik semua oleh kerana keegoan.

Marilah sama2 ambil peluang dan rasai kejayaan bersama.
masih ramai lagi org2 disekeliling kita
yang mahu berjaya
yang mahu ubah kehidupan.
satu keputusan anda hari ini,pasti insan2 disekeliling anda jg merasa nikmatnya.

RENUNGKANLAH ERTI SATU PELUANG


Monday, 19 September 2011

JANGAN DILUPAKAN

Sekadar untuk renungan bersama......


WOW..!!!
Seronoknya dapat duit..kan...huhu
Lagi seronok bila ianya datang dari usaha hasil kerja kita
titik peluh kita.
kepuasan dan nikmatnya...hanya tuhan saja yg tahu.
syukur banyak2 kepadaNYA diatas rezeki yg dilimpahkan.
tak kiralah makan gaji atau berkerja sendiri atau berniaga...
semuanya ada rezeki masing2.
tapi dalam keadaan aku senyum,seronok,selesa dan lega mendapat imbuhan...
pernahkah aku terfikir kepada mereka yang tidak sebaik kita nasibnya..??
pernahkah aku terfikir kepada mereka yg masih kecil....yang sudah menjadi yatim piatu...??
pernahkah aku terfikir kepada mereka yang makan apa yang ada,pakai apa yang ada...??
pernahkah aku terfikir kepada mereka yang tidak pernah meminta walaupun mereka sebenarnya daif..??
sekadar untuk peringatan pada diriku dan juga kawan2 semua,semoga kita tidak lupakan
kepada mereka2 yang betul2 memerlukan sumbangan.sumbangan bermacam cara...
terpulanglah kepada kita untuk memberinya dalam cara yang macam mana.
semoga sumbangan ikhlas dari kita dapat membantu dan meringankan beban mereka yg memerlukan.
sekurang2nya...org2 di sekeliling kita yg tak mampu,yang daif,yang yatim piatu...
dapatlah juga mereka merasa sama nikmat dari Yang Maha Esa.
dapatlah juga mereka tersenyum,berseronok,merasa sedikit selesa dan lega.
pada semua kawan2 semua,bukan niat saya untuk berceramah
tapi sekadar peringatan kepada diriku dan kawan2 sekalian.

Thursday, 8 September 2011

AIDILFITRI BERSAMA TAIPAN WARRIORS

SAMBUTAN AIDILFITRI DI SAFIRA CLUB


Selamat Hari Raya Aidilfitri



Leader2 utara bersama CDM CDM yang hadir ke Safira


Perasmian majlis hari raya oleh semua CDM.....
hihihi


Diantara gambar2 suasana sambutan Aidilfitri di Safira.
Acara menjamu selera.....
Terima Kasih pada semua yang membawa bekalan biskut2,kuih muih dan kek.







Sebahagian serikandi utara


WAB,WAB,WAB


DDM Farah Aini
sakan pose naa....hihi.


Ribuan Terima Kasih pada semua leader2 utara dan semua yg sudi
meluangkan masa hadir ke Safira,
walaupun masih dlm suasana mood raya.
Tak lupa juga jutaan Terima Kasih kepada semua
Cikgu Dan Mentor AT 181 yg datang dr Kuala Lumpur dan Perlis...
CDM Kamarudin,CDM Roshila,CDM Zafriey,CDM Nizam,
CDM Abg Ali,CDM Paksu Manap
serta pasangan hebat dr Penang sendiri...
CDM Fitri dan CDM Ayu.
Semangat,Bimbingan dan Ilmu semua pemangkin kejayaan semua.